Resepi Cara Mudah Buat Tomyam Thai Yang Sedap dan Simple “Tomyam Thai Recipe”

Monday, December 19th, 2016 - Cara mudah memasak dengan Resepi Kuah Resepi Seafood yang sedap dan simple
Resepi Tomyam Thai

Resepi Tomyam Thai

Resepi Tomyam Thai Yang Sedap dan Simple – Kali ni Resepimasakanlengkap.com nak kongsi resepi tomyam thai yang pasti berkuah merah dan pedas. Masak resepi tomyam thai mang makan tenaga dan masa lebih tapi bila telah masak dan hasil enak lega lah rugi korang tak try. Resepi tomyam seafood juga banyak nak cari, apalagi cara membuat tomyam tu sendiri dengan bihun tomyam sebagai pelengkap masakan tomyam thai ni. Banyak pula resepi tomyang, ada resepi tomyam guna pes, resepi tomyam campur mudah dan sedap, tomyam putih simple dan tomyam sayur campur. Langsung sahaja siapkan bahan-bahan masakan tomyam thai dengan cara mudah buat tomyam thai yang simple.

Bahan-Bahan Resepi Tomyam Thai Yang Sedap Dan Simple :

Untuk bahan-bahan tomyam thai :

Bahan tomyam thai

  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci lengkuas
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 inci halia
  • 20 biji cili kering
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar udang kering
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 senduk minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar sos ikan Thai

Bahan untuk kuah

  • isi ayam
  • sotong
  • udang
  • 0,5 batang karot
  • cendawan tiram
  • 1 biji tomato
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 batang serai
  • 15 biji cili padi
  • 2 sudu besar sos ikan
  • tomyam paste
  • 2 biji limau nipis
  • 3 cawan air rebusan ayam atau seafood
  • sedikit daun ketumbar
  • 1/2 biji bawang hbesar kuning

Step By Step Cara Mudah Membuat Resepi Tomyam Thai Yang Sedap Dan Simple

Mula-mula hiris kasar bawang besar, lengkuas, bawang putih, daun limau purut dan halia lalu tepikan. Lepas tu rebus cili kering yang sebelumnya dah buang bijinya. Kemudian kisar semua bahan tomyam thai di dalam blander hingga halus betul. Lepas tu panaskan minyak masak diatas kuali dan masukkan bahan kisaran halus kedalam kuali hingga pecah minyak dengan api sederhana dan kacau terus supaya kisaran tomyam tidak hangus. Lepas tu kacau terus hingga warna berubah merah dan pecah minyak dengan anggaran masa 25 minit lepas tu angkat dan sejukkan.

Cara Masak Tomyam

Masak air diatas kuali dengan api sederhana dan masukkan separuh tomyam paste, masukkan serai dan masak hingga mendidih bersama masukkan karot dan tunggu hingga karot sedikit lembut. Lepas tu masukkan cendawan, ayam, jus limau nipis, sea food, sos ikan, bawang besar kuning dan cili padi. Rebus semua hingga mendidih dan tak lupa tambahkan sikit garam dan gula sebagai perasanya. Lepas tu angkat dan beri hirisan daur ketumbar diatasnya.

Lihat juga resepi lainnya « dan ». Untuk buat masakan nak sedap dan simple sangat mudah dan cepat. Masa ini membaca recipe tentang Resepi Cara Mudah Buat Tomyam Thai Yang Sedap dan Simple “Tomyam Thai Recipe”

Resepi Cara Mudah Buat Tomyam Thai Yang Sedap dan Simple “Tomyam Thai Recipe” | setya | 4.5