Resepi Cara Mudah Buat Popia Goreng Yang Sedap dan Simple “Popia Goreng Recipe”

Thursday, November 3rd, 2016 - Cara mudah memasak dengan Resepi Goreng yang sedap dan simple
Resepi Popia Goreng

Resepi Popia Goreng

Resepi Popia Goreng Yang Sedap dan Simple – Resepi pompia goreng, nah betul kali ni Resepimasakanlengkap.com nak kongsi resepi pompia goreng yang sedap dan rangup pula. Popia goreng sambal ni sedap sangat nak makan hangat-hangat bersama tea. Resepi kali ini nak kongsi popia goreng rangup yang membuat rangup ialah kulit pompia yang jual di kedai-kedai bilang je nak beli kulit popia rangup. Selain rangup nak buat sos popia juga dari bahan-bahan yang sudah siap di bawah ini. Untuk sos nya bisa pedas atau sikit pedas je, nak pedas jadi popia pedas rangup tu sedap pula. Nah kali ini inti popia menggunakan sayur tak guna udang dan ayam tapi kalau nak pake tu cincang halus tumis bersama sayur tu sedap, tu lah inti popia sayur.

Bahan-Bahan Resepi Popia Goreng Yang Sedap Dan Simple :

Untuk bahan-bahan popia goreng :

Bahan popia goreng

  • 1 kg kulit popia
  • 1,5 batang karot
  • 1/2 sengkuang
  • 1 genggam tauge
  • 2 keping tauhu
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam dan
  • Gula secukup rasa
  • 3 sdm tepung gandum
  • Sedikit minyak untuk menumis

SOS popia goreng

  • 3sb cili kering
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Suku keping gula melaka
  • 5sb cuka makan
  • 1 cawan air
  • 1sb tepung jagung
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 sb udang geragau kering

Step By Step Cara Mudah Membuat Resepi Popia Goreng Yang Sedap Dan Simple

Mula-mula sagat karot dan sengkuang dan sisikan, lepas tu cincang tauhu dan bawang putih sisihkan pula. Next bancuh 3sdm tepung gandum untuk perekat kulit popia. Ok, tumis bawah putih yang dah di cincang tu tadi di atas api hingga wangi, lepas tu masukkan karot dan sengkuang yang dah disagat tu tadi, kacau hingga sebati. Lepas tu masukkan gula dan garam sesuai selera, bila dah masak tutup api dan angkat juga sejukkan kejap. Ambil sekeping kulit popia lepas tu bentang dan letakkan inti popia yang dah di sejukkan tadi kemudian gulung hingga kemas lepas tu lekatkan adunnan tepung gandum di kulit pompia sebagai perekatnya dan ulangi hingga selesai semua. Lepas dah selesai semua goreng di atas api sederhana hingga warna popia keemasan lepas tu angkat dan sejukkan, dah nak boleh di makan.

Nak step sos mula-mula blender cili kering hingga halus lepas tu sisikan, next cincang bawang putih hingga halus pula kemudian sisikan. Siapkan kuali di atas api dan masukkan semua bahan sos kecuali tepung jagung, masak hingga kuah sos popia goreng ini mendidih, kena masak lama api perlahan supaya cili betul-betul masak lepas tu masukkan tepung jagung dan udang geragau. Angkat kuali dan masukkan kuah sos dalam blender dan blend sekejap hingga hancur lepas tu masukkan kuali lagi dan masak hingga pekat bila terlalu pekat bisa nak tambah air panas sedikit, dan dah siap hidangkan bersama popia goreng sedap dan rangup ini.

Lihat juga resepi lainnya « dan ». Untuk buat masakan nak sedap dan simple sangat mudah dan cepat. Masa ini membaca recipe tentang Resepi Cara Mudah Buat Popia Goreng Yang Sedap dan Simple “Popia Goreng Recipe”

Resepi Cara Mudah Buat Popia Goreng Yang Sedap dan Simple “Popia Goreng Recipe” | setya | 4.5