Resepi Cara Buat Nasi Ayam Mudah Yang Sedap dan Simple “Nasi Ayam Recipe”

Tuesday, January 24th, 2017 - Cara mudah memasak dengan Resepi Ayam yang sedap dan simple
Resepi Nasi Ayam

Nasi Ayam

Resepi Cara Mudah Buat Nasi Ayam Yang Simple dan SedapResepimasakanlengkap.com nak kongsi lagi ni, kali ni nak kongsi resepi nasi ayam yang pastinya sedap dan sangat sesuai dihidangkan dimajelis-majelis tertentu. Resepi ni mang sangat banyak guna bahan, tapi tak usah risau resepi nasi ayam nie dh diolah bagi memudahkan anda memasaknya.

Ada beberapa macam resepi tentang nasi ayam antara lain resepi nasi ayam hainan,resepi nasi ayam madu,resepi nasi ayam penyet,resepi nasi ayam simple,nasi ayam kukus,nasi ayam berempah,resepi sambal nasi ayam,resepi nasi goreng ayam. Langsung sahaja siapkan bahan-bahan masakan resepi nasi ayam mudah dengan cara mudah buat nasi ayam di rumah yang simple.

Bahan-Bahan Resepi Nasi Ayam Mudah Yang Sedap :

Untuk bahan-bahan nasi ayam :

Bahan ayam untuk direbus

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 kiub ayam
  • 2 cm halia
  • 1 ekor ayam

Bahan ayam untuk diperap

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Sedikit madu
  • 1 cm halia
  • 1 sudu besar kicap cair

Bahan nasi ayam

  • 3 cawan beras
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 2 helai daun pandan
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 kayu manis
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 2 bunga lawang
  • 1 batang serai ketuk
  • 4 buah pelaga
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
  • Sedikit garam

Bahan SOS nasi ayam

  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 5 biji cili merah
  • 1 sudu besar cuka
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh gula
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh garam

Bahan sup nasi ayam

  • Air rebusan ayam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
  • 1 biji bawang besar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam

Bahan kuah kicap nasi ayam

  • Air rebusan ayam
  • Kicap manis
  • Kuah kicap perapan ayam
  • Sedikit garam

 

Step By Step Cara Mudah Membuat Resepi Nasi Ayam Mudah Yang Sedap

Cara masak ayam

  • Mula-mula bersihkan ayam tu lepas tu toskan air dan lumukan dengan tumbukan 2 bawang putih dan halia tu hingga merata;
  • Kemudian resbus ayam tu bersama 1 kiup ayam hingga ayam tu empuk;
  • Siapkan bahan perapan dengan menumbuk bawang putih dan haila;
  • Angkat ayam tu dan perap menggunakan bahan perap selama 30 minit;
  • Lepas dah 30 minit goreng ayam tu dalam minyak kepanasan diatas api sederhana dan angkat lepas tu sapu dengan madu.

Cara masak nasi

  • Tumbuk 1 cm halia, 3 ulas bawang putih hingga lembut dan ketuk 1 batang serai;
  • Lepas tu basuh beras dan tos air;
  • Siapkan kuali di atas api dan tumis 2 bawang lawang,1 kayu manis, 4 bunga pelaga, daun pandan halia, serai
  • dan bawang putih hingga garing;
  • Lepas tu masukkan beras yang dah dibasuh tu hingga masak dan naik bau;
  • Kemudian masukkan garam, kunyit secukupnya dan masukkan air rebusan ayam;
  • Masak nasi seperti biasa, nak dah masak boleh tepikan.

Cara masak sup

  • Mula-mula kisar 1 biji bawang besar;
  • Rebus ulang air resbusan ayam tu bersama bawang besar yang dikisar, garam secukupnya dan rempah sup bunjut;
  • Bila dah mendidih masukkan taburan bawang goreng dan hirisan daun sup
    dan sisikan

Cara masak SOS

  • Kisar 5 biji cili merah, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia;
  • Masak semua bahan diatas kuali hingga naik aroma.

Cara masak kuah kicap

  • Campurkan semua bahan air rebusan ayam, kicap manis, kuah kicap perapan ayam, sedikit garam dalam kuali dan masak seketika. Jika dah masak angkat dan sisikan;
  • Sejukkan sebelum dihidangkan.

Lihat juga resepi lainnya « dan ». Untuk buat masakan nak sedap dan simple sangat mudah dan cepat. Masa ini membaca recipe tentang Resepi Cara Buat Nasi Ayam Mudah Yang Sedap dan Simple “Nasi Ayam Recipe”

Resepi Cara Buat Nasi Ayam Mudah Yang Sedap dan Simple “Nasi Ayam Recipe” | setya | 4.5