Resepi Cara Mudah Buat Cendol Yang Sedap dan Simple “Cendol Recipe”

Sunday, January 1st, 2017 - Cara mudah memasak dengan Resepi Minuman Resepi Pencuci Mulut yang sedap dan simple
Resepi Cendol

Resepi Cendol

Cara Mudah Buat Cendol Yang Sedap dan Simple – Paling sedap nak minum cendol buatan sendiri, nah kali ni Resepimasakanlengkap.com nak kongsi resepi cendol yang pasti sedap dan korang pun mudah nak dapat bahan tu. Cara buat cendol sendiri sangatlah simple tak perlu penat dan korang pun mudah nak cari bahan tu, ada banyak resepi tuk cendol ni.

Ada resepi cendol mamak dan resepi cendol pulut, adapun cara buat cendol tepung jagung,air cendol susu cair,acuan cendol dan cara buat abc tak jauh sangat buatnya macam cendol ni lah. Langsung sahaja siapkan bahan-bahan masakan resepi cendol dengan cara mudah buat cendol dan air yang simple.

Bahan-Bahan Resepi Cendol Yang Sedap Dan Simple :

Untuk bahan-bahan cendol :

Bahan cendol

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan
  • 1 sudu tepung jagung
  • Garam
  • Pewarna hijau
  • 1 sudu kecil air kapur

Step By Step Cara Mudah Membuat Resepi Cendol Yang Sedap Dan Simple

  • Mula-mula masukkan semua bahan tu dalam priuk dan masak di atas api sederhana hingga kental dan mengkilat.
  • Kacau terus supaya tidak hangus.
  • Lepas tu dah masak, masukkan adunan cendol dari kuali tu  dalam acunan murukuyang bawahnya dah siap air sejuk.
  • Tekan kedalam air sejuk tu, kan hasil bulat panjang tu cendol.
  • Lepas tu simpan sekali dengan airnya tu dalam peti sejuk.Cara nak buat air cendol
  • Mula-mula masukkan 1/2 kilo pati santan segar dalam periuk bersama garam sikit.
  • Tak perlu korang masak cukup tambahkan ketul ais je supaya tahan lebih lama.
  • Masak diatas api sederhana air gula malaka bersama gula merah dan daun pandan, masak lebih kurang 1 jam saja.
  • Tambahkan bancuhan tepung jagung tuk melikatkan tu.
  • Hidangkan bersama jagung manis, kacang merah dan lainnya kut citarasa korang.

Lihat juga resepi lainnya « dan ». Untuk buat masakan nak sedap dan simple sangat mudah dan cepat. Masa ini membaca recipe tentang Resepi Cara Mudah Buat Cendol Yang Sedap dan Simple “Cendol Recipe”

Resepi Cara Mudah Buat Cendol Yang Sedap dan Simple “Cendol Recipe” | setya | 4.5