Resepi Cara Mudah Buat Durian Crepe Homemade Paling Sedap Dan Simple “Durian Crepe Recipes”

Tuesday, April 19th, 2016 - Cara mudah memasak dengan Resepi Durian yang sedap dan simple

Resepi Durian Crepe

Cara Mudah Buat Durian Crepe Homemade – Saat musim durian tiba, pasti resepi durian crepe adalah menu paling hot dan viral. Memang banyak versen resepi durian cape homemade ni, citarasa durian crepe pun berbeda beda, ada tambahan milo, jagung, oreo, sebagai tambahan rasa. Tapi kalo kawan kawan nak buat durian cape sendiri, resepimasakanlengkap.com kongsikan resepi durian crepe homemade paling sedap dan simple ni.

Bahan Bahan Resepi Durian Crepe :

  • 4 tbs tepung gandum
  • 4 tbs tepung ubi
  • 2 tbs tepung jagong
  • 2 tbs tepung kastard
  • 2 biji telur – saya guna telur saiz B
  • 2 tbs minyak/butter dicairkan- saya guna minyak masak je
  • 2 tbs gula halus
  • 1 cawan susu segar
  • 3 tbs air
  • secubit garam
  • pewarna kuning
  • perasa durian

Step By Step Cara Buat Durian Crepe Sedap Dan Simple:

Langkah 1 : “Membuat Kulit Crepe”

Satukan semua jenis tepung dan ayak dalam satu bekas.

Lepas tu campurkan dengan semua bahan lain. Kacau hingga hingga sebati.

Tapis dan letakkan pewarna.

Sediakan kuali nonstik untuk membuat crepe, panaskan dan sapukan kuali dengan minyak.

Apabila kuali sudah panas, angkat dan masukan 1 senduk adunan ke pan.

Ratakan adunan crepe dengan cara digoyang-goyangkan.

Letakkan sebentar pan di atas api, lalu angkat apabila crepe sudah masak.

Ulangi langkah membuat crepe ni hingga habis adunan.

Langkah 2 : “Membuat Filling Kastard Durian Crepe”

Satukan tepung kastard kemudian ayak dalam satu bekas, pastu masukkan gula, 2 biji telur dan 1 cawan susu. Kacau hingga adunan sebati.

Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla, Kacau rata.

Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar. Bila ia dah meletup-letup baru tutup api.

Biarkan ia sejuk, masukan isi durian yang dah dihancurkan ke filling kastard, simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin.

Langkah 3 : “Membuat Filling Whipping Cream“

Sediakan bekas yang bersih dan kering, masukan 200 ml Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga kental.

Langkah 4 : “Membuat Durian Crepe”

Letakkan sekeping crepe di atas piring.

Letakkan filling Whipping Cream ke atas kulit crepe tadi sebagai lapisan filling pertama.

Kemudian letakkan filling kastard da nisi durian tadi di atas filling Whipping Cream sebagai lapisan filling ke dua.

Lipat secara cermat seperti kita melipat sampul surat, buat sehingga habis

Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin.

Selamat mencuba resepi durian crepe homemade paling sedap dan simple.

Lihat juga resepi lainnya « dan ». Untuk buat masakan nak sedap dan simple sangat mudah dan cepat. Masa ini membaca recipe tentang Resepi Cara Mudah Buat Durian Crepe Homemade Paling Sedap Dan Simple “Durian Crepe Recipes”

Resepi Cara Mudah Buat Durian Crepe Homemade Paling Sedap Dan Simple “Durian Crepe Recipes” | setya | 4.5