Resepi Cara Mudah Buat Bubur Asyura Kedah Yang Sedap Dan Simple “Bubur Asyura Kedah Recipe”

Monday, October 17th, 2016 - Cara mudah memasak dengan Resepi Bubur yang sedap dan simple
Resepi Bubur Asyura Kedah

Resepi Bubur Asyura Kedah

Resepi Bubur Asyura Kedah Yang Sedap dan Simple – Resepi bubur asyura kedah nak Resepimasakanlengkap.com kongsi hari ni setelah lalu konsi resepi bubur asyura johor dan resepi bubur asyura terengganu yang simple dan sedap. Tau nak bubur asyura tu banyak jenisnya, bubur asyura utara rasanya manis dan jenis pekat, asyura pantai timur jenis bubur pekat dan mengandungi rempah juga daging, asyura tengah selatan jenis bubur seperti bubur lambuk yang cair mengandungi pelbagai bijirin, kekacang, daging dan sayuran. Sedangkan untuk jenis asyura pulut hitam dua warna dimana dicurahkan pati santan di atasnya. Langsung sahaja siapkan bahan-bahan resepi bubur asyura kedah dengan cara mudah buat bubur asyura kedah yang sedap :

Bahan-Bahan Resepi Bubur Asyura Kedah Yang Sedap Dan Simple :

Untuk bahan-bahan bubur asyura kedah:

Bahan bubur (A)

  • 2 kampit 500 gram tepung beras = 1 kg.
  • 200 gm tepung jagung
  • 2 kg pisang emas anggaran
  • 1 liter pati santan KHALIS
  • 1 tin susu
  • 2 tin jagung
  • 1,5 kg gula pasir
  • 0,5 kg gula merah
  • 200 gm sagu putih
  • Kismis
  • 2 helai daun pandan
  • Garam

Bahan bubur (B)

  • 1 kg kacang hijau
  • 500 gm kacang kuda
  • 500 gm kacang ketupat
  • 500 gm kacang merah ABC
  • 1 kg ubi keledek kuning

Step By Step Cara Mudah Membuat Resepi Bubur Asyura Kedah Yang Sedap Dan Simple

Penyediaan

Potong pisang emas dan ubi keledak yang dah di buang kulitnya dan potong dadu, rebus bahan (B) sehingga empuk tapi untuk ubi keledak rebus setengah matang jangan sampai hancur dan lepas tu toskan, jangan buang air rebusan ubi keledah gunakan untuk membancuh tepung. Larutkan gula merah dengan air di atas dapur kemudian tepiskan, lepas tu didihkan gula putih dan air di atas dapur juga hingga larus kemudian tepiskan dan akhir sekali rendam sagu hingga kembang kemudian toskan.

Cara memasak

Gaul semua bahan larutan gula merah dan putih, air rebusan keledak, susu cair, pati santan, tepung jagung dan beras sehingga sebati kemudian tepis. Boleh guna blander masukkan semua bahan dan kisar hingga halus, lepas tu masukkan kuali besar dan kacau di atas api hingga separuh pekat. Setelah 1/2 pekat masukkan kacang ketupat, kuda dan merah juga ubi keledek, kismis, sagu, jagung dan daun pandan, kecilkan api dan kacau sehingga 3/4 pekat lepas tu masukkan pisang dan kacau lagi hingga masak. Mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk masak, pastikan adunan masak dengan olek dengan mengambil sikit adunan dan letakkan di atas piring tunggu hingga sejuk dan golek adunan di atas piring, sekiranya ia melekat maknanya adunan belum betul-betul masak dan kacau lagi. Tuang adunan tadi di atas bekas setelah masak, biarkan sejuk di luar lepas tu masukkan dalam peti ais untuk di sejukkan.

Lihat juga resepi lainnya « dan ». Untuk buat masakan nak sedap dan simple sangat mudah dan cepat. Masa ini membaca recipe tentang Resepi Cara Mudah Buat Bubur Asyura Kedah Yang Sedap Dan Simple “Bubur Asyura Kedah Recipe”

Resepi Cara Mudah Buat Bubur Asyura Kedah Yang Sedap Dan Simple “Bubur Asyura Kedah Recipe” | setya | 4.5