Resepi Cara Mudah Buat Aiskrim Sumi Jelly Yang Simple Dan Sedap (Sumi Ice Cream Recipe)

Wednesday, March 9th, 2016 - Cara mudah memasak dengan Resepi Aiskrim yang sedap dan simple

Resepi Aiskrim Sumi ini dah jadi viral di media sosial kerana aiskrim sumi ni nampak menarik dan mengembalikan nostalgia zaman ais krim Malaysia. Kalau tak silap ia resepi Ais krim Sumi yang dikongsi disebuah group facebook ada je yang tanya resepi aiskrim sumi viral ni. resepimasakanlengkap.com kongsi resepi cara mudah buat aiskrim sumi yang simple. Cara membuat aiskrim sumi ialah :

Resepi Cara Mudah Buat Aiskrim Sumi

Bahan – Bahan Aiskrim Sumi :

2 Paket Sumi / Jelly

1 Tin Susu Cair

1 Tin Susu Pekat

4 Tin Air  Masak/Kosong

Secubit Garam

Plastik Aiskrim

Resepi Aiskrim Sumi

Cara Buat Aiskrim Sumi :

Sumi dipotong ikut selera, kalau nak hancurkan pun boleh.

Masak susu cair, susu pekat, air dan garam dalam periuk hingga mendidih. Tutup api, sejukkan sebentar.

Masukkan sumi kedalam plastik dan masukkan bahan yang didihkan tadi, kalau nak tambah buah, nata de coco pun sedap.

Ikat dan goncang supaya sumi / jelly tadi serata, masukkan kedalam peti ais beku.

Setelah beku aiskrim sumi bolehlah dimakan. Tapi ingat, bagi yang berdiet tak sesuai, sebab manis dan tinggi kalori.

Sumi Ice Cream Recipe

Lihat juga resepi lainnya dan ». Untuk buat masakan nak sedap dan simple sangat mudah dan cepat. Masa ini membaca recipe tentang Resepi Cara Mudah Buat Aiskrim Sumi Jelly Yang Simple Dan Sedap (Sumi Ice Cream Recipe)

Resepi Cara Mudah Buat Aiskrim Sumi Jelly Yang Simple Dan Sedap (Sumi Ice Cream Recipe) | setya | 4.5