Resepi Cara Membuat Kimchi Korea Asli Paling Mudah Sedap Dan Halal (Korean Kimchi Recipe)

Thursday, March 10th, 2016 - Cara mudah memasak dengan Resepi Kimchi yang sedap dan simple

Resepi kimchi korea asli paling mudah sedap dan halal dengan lobak, kimchi ni makanan tradisional korea, dibuat daripada napa cabbage(kobis cina), timun, lobak dan daun bawang. Peminat drama korea mesti terliur tengok kimchi yang sedap. Rasa kimchi ni sedikit masin, ada yang sedikit manis. Resepi kimchi ni ada banyak version, resepi kimchi korea asli pun kalau di korea pun memang banyak resepi Kimchi yang tak sama antara satu sama lain. Di sini resepimasakanlengkap.com kongsikan resepi cara paling mudah nak buat kimchi korea asli yang sedap dan halal ni.

Resepi Kimchi Sedap Dan Halal

Bahan Bahan Buat Sos Kimchi Korea Sedap Dan Halal :

2 ulas bawang putih tumbuk

1 cawan serbuk lada merah

2 sudu besar gula

1 sudu kecil halia tumbuk

2 sudu besar sos ikan

4 batang daun bawang

Air secukupnya bagi menggaul ke semua bahan

Cara Membuat Kimchi Korea Yang Mudah

Bahan Bahan Resepi kimchi korea sedap dan halal :

1 biji kobis panjang iris tipis

1/2 cawan garam halus

2 biji lobak merah – dihiris menjadi batang mancis

1 ikat daun bawang, dipotong memanjang

Cara Buat Kimchi Korea

Cara Membuat Kimchi Korea Yang Mudah :

Pilih kobis panjang, Kobis dibersihkan. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Celup kobis sekali di dalam air supaya tidak rosak.

Tabur garam kasar pada setiap lapisan kobis panjang. Simpan dalam bekas dan bubuh sedikit sahaja air jangan di rendam. Biar 6 jam kerana garam akan mengeluarkan air daripada dalam kobis.

Bilas kobis dengan dicelup-celup di dalam air. Toskan airnya sehingga kering.

Setelah itu buat sos dengan mencampurkan kesemua bahan diatas ke dalam besen, Lumur sos pada setiap helaian kobis tadi sehingga rata. Lakukan dengan lembut supaya kobis tidak koyak atau patah.

Kemaskan semula daun kobis yang dilumur tadi dan ikat dengan helaian daun yang atas sekali. Genggam sekejap bagi memastikan tiada udara tersimpan di antara celah-celah daun. Selepas itu, simpan dalam bekas.

Resepi Kimchi Sedap Dan Halal

kimchi korea ni boleh di makan terus sebagai salad kimci segar atau anda boleh menjeruk kimci dengan membiarkan dalam suhu bilik selama 1 hari dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila hendak di makan, keluarkan kimchi korea dalam kuantiti yang diperlukan dan simpan selebihnya. Karena kimchi korea ni tahan sehingga berbulan-bulan. Semoga Resepi kimchi korea asli paling mudah sedap dan halal ni bermanfaat.

Lihat juga resepi lainnya « dan ». Untuk buat masakan nak sedap dan simple sangat mudah dan cepat. Masa ini membaca recipe tentang Resepi Cara Membuat Kimchi Korea Asli Paling Mudah Sedap Dan Halal (Korean Kimchi Recipe)

Resepi Cara Membuat Kimchi Korea Asli Paling Mudah Sedap Dan Halal (Korean Kimchi Recipe) | setya | 4.5