Resepi Brownies Kedut Sedap, Simple Dan Mudah

Saturday, April 9th, 2016 - Cara mudah memasak dengan Resepi Brownies yang sedap dan simple

Resepi Brownies Kedut Sedap, Simple Dan Mudah

Resepi Brownies Kedut Sedap, Simple Dan Mudah

Resepi brownies kedut yang sedap, simple dan mudah.  Brownies kedut baru baru ni lagi trending, kita nak share teknik Resepi brownies kedut guna sukatan cawan yang mudah. Brownies ni jika dibuat dengan teknik yang betul memang akan menghasilkan permukaan yang sedikit berkedut, dan rasanya memang kaya dengan coklat. Resepi brownies kedut yang bagus ialah yang coklatnya lebih banyak dari tepung. Maka jadilah brownies kedut yang sedap.

Bahan bahan Resepi Brownies Kedut :

  • 400g blok coklat masakan grade A
  • 150 gm mentega
  • 150 gm gula perang
  • 4 bijik telur gred A /5 biji telur gred b
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 30 gm serbuk koko
  • garam kasar

Cara Buat Brownies Kedut Step By Step :

  1. Mula-mula panaskan oven pada suhu 160C, Cairkan butter dan garam kasar kacau rata.
  2. Coklat masakan grade A dipotong kecil-kecil dan cairkan mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata.
  3. Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak, dalam bekas lain, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik kertas kek dan oleskan dengan butter.
  6. Masukkan loyang dalam loyang dan masukkan kedalam oven tadi 30 minit.
  7. Sekiranya brownies belum masak, bilah tester akan dilumuri dengan adunan kek. Jika sudah cukup-cukup masak, sedikit gumpalan kek akan lekat di bilah tester. Boleh terus tutup suis oven.
  8. Bila dah masak, keluarkan loyang dalam oven dan biarkan sejuk selama 15 minit. Jangan masukkan dalam peti sejuk kerana ini akan menjadikan brownies keras
  9. Selamat menikmati brownies kedut dengan Resepi brownies kedut yang nikmat, sedap, simple dan menggugah selera.

Lihat juga resepi lainnya « dan ». Untuk buat masakan nak sedap dan simple sangat mudah dan cepat. Masa ini membaca recipe tentang Resepi Brownies Kedut Sedap, Simple Dan Mudah

Resepi Brownies Kedut Sedap, Simple Dan Mudah | setya | 4.5